Isnin, 5 Julai 2010

Munajat

Tika malam mendatang….
Mula terkenang kisah silam…
Menjadi igauan dalam kabus perjuangan…

Dunia fana penuh keindahan…
Tempat persinggahan penuh ujian…
Lalu diri pun tewas dengan pujukan…

Angkara nista dunia diri dibelit noda2 hitam…
Terhanyut dalam segunung kealphaan…
Hati tiada terisi dengan iman…
Syaitan pun melonjak kegembiraan…

Didekati dengan penuh pujukan…
Maka nafsu pun melingkar mengatur kepuasan…
Tiada teringat akan janji2 TUHAN…
Segala perbuatan akan dipertimbangkan…

Kini hati mula sedar…
Saat malam bersalut kegelapan…
Diri sujud penuh penyesalan…
Dihujung kalam mengabdi pengampunan
Untuk mencari segenap aksara keredhaan…
Dalam menuju penghujung kehidupan…
Sebagai bekalan untuk mengadap TUHAN…

Masih Mencari......

Salam Ukhuwah buat sahabat2 perjuangan.... Masih mencari & mengkaji.. Itulah yang selalu bermain di fikiran ana... Ana masih memerlukan masa untuk memahami itu dgn sempurna... Ana masih belum bersedia sepenuhnya... Tp ana tetapkan berusaha untuk lakukan amanah yg telah diamanhkan dengan sebaiknya... InsyaAllah, dengan bantuan dan sokongan dari sahabat2.... Doakan ana dpt lakukannya dengan baik...

Bantulah hambaMu ini dalam membantu untuk menegakkan agamaMu Ya Allah....

Jumaat, 18 Jun 2010

Titipan Buat Teman

Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.

Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

Jumaat, 9 April 2010

Selamat Tinggal...

Salam perjuangan.. Alhamdulillah hari ini ana sudah tamat exam bagi sem ini.. Terdetik kesyukuran kerana semua kekusutan kembali tenang.. Tapi dalam kegembiraan tersebut, timbul pula perasaan kesedihan kerana ana akan meninggalkan kampus untuk masa yang lama jugak.. Lbih kurang 3 bln.. Puas ana berfikir di benak fikiran? Apakah yang aku akan lakukan selama cuti ini? Kerja? Berehat? Belajar? Puas berfikir.. Bagaimana keadaan dirumah nanti? Ana rindu untuk meninggalkan kampus sebab suasana Tarbiyah disini lebih hebat berbanding ditempat ana.. Lepas ni jarang dah nak dengar kuliah-kuliah di Masjid sebab kat tempat ana kuliah seminggu sekali je.. Kalau kat sini tiap2 hari ada kuliah.. Alhamdulillah memang terasa suasana tersebut.. Berat rasa dihati untuk meninggalkannya... Teringat kata Ustaz Mokhtar Senik, Jika kita tidak mendengar kuliah atau peringatan kepada Allah selama 3 hari, maka hati kita akan menjadi mati.. MasyaAllah.. Lepas ni terpaksa miss kuliah ustaz mokhtar di Pondok AnNuur.. YaAllah.. Betapa beratnya diriku untuk meninggalkannya..



Ada seorang sahabat mengajak ana mengikutinya untuk mengaji di Pondok Pasir Tumboh.. Memang itulah impianku sejak keluar dari sekolah.. Tapi x pernah kesampaian atas sebab halangan tertentu... InsyaAllah, mungkin dalam masa cuti ini ana akan memanfaatkan peluang yang ada.. Atas Izin ALLAH..
Kepada sahabat-sahabt, ana memohon maaf seandainya tersalah tutur kata, perbuatan dll.. Ana harap sahabat-sahabat sekalian akan terus bersemangat untuk berjuang walaupun bukan dikampus.. Ana harap jugak agar sahabat2 dapt mengisi masa lapang dgn aktiviti bermanfaat... Teguhkan Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.. InsyaAllah, panjang umur jumpa lagi pada semester akan datang.. Moga Allah mmberi kemudahan dalam perjalanan balik kekampung..
Selamat bercuti, Selamat Tinggal.. TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI SAHABATKU...
SELAMAT TINGGAL KAMPUSKU.. JUMPA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.. MOGA2 ALLAH MERAHMATI DAN MEREDHAI PERJUANGAN DAN KEHIDUPAN KITA.... الله اكبر..
p/s: Jumpa di Hulu Selangor pada sahabat yang berkesempatan untuk hadir..

Khamis, 8 April 2010

Salam Imtihan


Pejam celik rupanya kini sudah di penghujung semester.. Pada kesempatan ini ana ingin mengucapkan Selamat menempuh peperiksaan akhir kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan kampus.. Sama-samalah kita berdoa semoga mendapat keputusan yang terbaik.. Semoga Sahabat semua berjaya.. Jangan lupa pohon doa kedua ibubapa, pensyarah, rakan-rakan.. Dan yang paling penting pohonlah keampunan dari Maha Pengampun, Allah s.w.t.. Samalah-samalah kita bermunajat, tahajjud kepada Allah supaya diberi kita petunjuk dan kejayaan... Kepada pensyarah, ana mohon maaaf jika terdapat kesalahan sepanjang menuntut di sini.. Begitu juga kepada sahabat-sahabat, ana mohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan dalam pertuturan, perbuatan dan sebagainya.. Doakan Ana diberi kekuatan..
Usaha+Doa+yakin+Tawakkal
Goodluck kepada semua...

Khamis, 18 Mac 2010

TAWARAN KEMASUKAN KE KIPSAS BAGI SESI JUN 2010



Maklumat Lanjut boleh dilayari di www.kipsas.edu.my

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK :

  • IMAM (PEMIMPIN) YANG ADIL
  • PEMUDA YANG TERDIDIK ATAU TERLATIH SEJAK KECIL DALAM MENYEMBAH ALLAH SWT
  • SESEORANG YANG HATINYA TERPAUT PADA MASJID
  • DUA ORANG YANG SALING MENGASIHI KERANA ALLAH SWT,BERKUMPUL DAN BERPISAH KARENA ALLAH SWT
  • SEORANG LELAKI YANG DIRAYU OLEH PEREMPUAN YANG CANTIK UNTUK BERBUAT KEJI TETAPI IA MENOLAK DAN BERKATA "AKU TAKUT KEPADA ALLAH SWT"
  • SESEORANG YANG BERSEDEKAH DENGAN SEMBUNYI2 SEHINGGA TANGAN KIRI TIDAK TAHU APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH TANGAN KANAN
  • SESEORANG YANG MENGINGATI ALLAH WAKTU SUNYI2 LANTAS GUGUR AIR MATANYA