Selasa, 9 November 2010

Ayat-Ayat SMS Ustaz Dan Ustazah... hehehe...

Contoh SMS orang tengah bercinta, (bagaimana liciknya syaitan menghasut);

1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk, awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... hehehr...tq... sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;) sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer... tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan; ( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...)

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan.

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli tu, yang mcm wardina tu, bukan ayang x cantik, juga makin cantik... nipis sikit jer.. kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per... makin la tebal cinta abg kat ayang.. ayang suker jumper abg? yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan... yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier... ayang td cantik...

14.tq jumper td, ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abg mcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh
membrkati kiter... ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang, just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer? 50% je... yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir....

16. tadi terbeli tudung pendek... yang bg kat ayang tu... yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung tu... cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17. yang, cintakan abg berape peratus? sepenuh hati? tq!!!!!!! i love u sayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak marah, ayang kan milik abg... tq.

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang....???????

Na'uzubiLLah..!! Mcm mne pndpt antum?? Suka ke?? Mintak2 la kita dijauhkan dari apa situasi yang berlaku di atas ini.. Sesungguhnya Islam sendiri pun melarang umatnya melakukan perkara2 di atas ini..
AyuH! Sahabat,, Kita muhasabah balik.. Sejauh manakah kita berada.. Adakah seperti diatas? Atau sebaliknya? Marilah kita sama2 bertaubat dan meninggalkan perkara yang dibenci Allah..

JOM BAIKI HATI KITA

Inilah yang ISLAM gariskan kepada kita semua


Jumaat, 5 November 2010

CERAMAH MENARIK MINGGU NI

Tajuk: Negara Perlukan Islam
Penceramah : Ustaz Mokhtar Senik (Timb Ketua Dewan Ulama' Pahang)
Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)
Ustaz Azman Syafawi Abd Rani (Timb Ketua Pemuda PAS Pusat)

JOM RAMAI-RAMAI DATANG & MEMERIAHKAN MAJLIS....

Khamis, 4 November 2010

Bersabarlah Wahai Pejuang!!




Salam Perjuangan!!
La Tahzan.. Tu lah yang ana sanggup katakan...
Bersabarlah wahai Pejuang ISLAM.. Sesungguhnya kemenangan belum berpihak kepada kita lagi.. Tapi janganlah kita putus semangat untuk BerJuang... Kekalahan bukanlah titik noktah untuk kita tidak terus berjuang... Tiada Istilah kekalahan dalam memperjuangkan ISLAM...
Ingatlah janji Allah, Kita tolong Agama Allah, Allah akan menolong kita....
Semoga Islam Terus Gemilang...

Tahniah kepada Juara Hati Rakyat di GALAS & BATU SAPI



Kuala Lumpur, 4 NOV : Melihat kepada fenomena politik yang sedang melanda di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi kini, dapat dinatijahkan bahawa rakyat di kedua-dua kawasan tersebut sudah mampu untuk membuat satu keputusan yang lebih bijak berdasar intipati hak rakyat yang telah diperjuangkan oleh parti-parti politik yang bertanding.

Merujuk kepada keputusan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tepat jam 8.30 malam tadi, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas telah dimenangi oleh calon daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Abdul Aziz Yusof dengan undian sebanyak 5,324 undi, manakala calon daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Dr. Zulkefli Mohamad hanya mendapat undian sebanyak 4,134 undi. Lantas calon daripada BN tersebut berjaya merampas kembali kerusi DUN Galas yang dahulunya dimiliki oleh PAS dengan majoriti undi sebanyak 1,190 undi iaitu lebih tinggi daripada majotiti yang dimenangi oleh PAS pada Pilihanraya Umum 2008 yang lalu dengan majoriti sebanyak 646 undi.

Di Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi pula, kerusi parlimen tersebut juga telah dimenangi oleh calon daripada BN-PBS; Linda Tsen iaitu sebanyak 9,773 undi, menumpaskan calon daripada PKR; Ansari Abdullah dengan undian sebanyak 3,414 undi, manakala calon daripada SAPP; Yong Teck Lee sekadar mendapat 2,013 undi. Calon daripada BN-PBS itu telah berjaya memenangi kerusi parlimen tersebut dengan majoriti undi sebanyak 6,359 undi, juga lebih tinggi daripada jumlah majoriti yang berjaya dicapai pada PRU-12 sebelum ini iaitu sebanyak 3,708 undi.

Tuntas, dengan keputusan yang telah dicapai pada pilihanraya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut, pihak Majlis Politik Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) melahirkan jutaan tahniah kepada parti Barisan Nasional (BN) kerana telah berjaya memenangi hati rakyat, lantas memenangi kerusi dun dan parlimen yang telah dipertandingkan. Dengan kemenangan tersebut, maka dapatlah dilihat bahawa rakyat di Galas dan Batu Sapi masih meletakkan BN sebagai juara di hati mereka.

Majlis Politik Nasional (MPN) juga meletakkan harapan yang tinggi supaya kedua-dua wakil rakyat daripada parti kompenan BN tersebut dapat melaksanakan segala manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat di kedua-dua kawasan tersebut tanpa mengambil kira beberapa sentimen negatif yang berlaku sepanjang berlangsungnya proses pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi.

Seterusnya, kepada mana-mana parti yang tidak berjaya pada pilihanraya kecil pada kali ini, diharapkan supaya terus istiqamah dalam membawa dan memperjuangkan suara rakyat ke arah kebajikan yang lebih sempurna dan telus, lantas menjadikan agenda kebajikan rakyat dan pembangunan infrastruktur serta sahsiah rakyat sebagai nadi perjuangan yang harus diteruskan bagi menjamin eksistensi sebuah Negara yang lebih berwawasan.

Majlis Politik Nasional (MPN) juga akan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha untuk memastikan rakyat sentiasa mengecapi kehidupan yang lebih sempurna dan kondusif. Semoga perjuangan untuk menegakkan hak rakyat akan terus dipacu ke hadapan oleh mana-mana pihak termasuklah golongan mahasiswa dan diharapkan proses demokrasi di Malaysia akan berlangsung dengan lebih bersih dan telus menjelang PRU-13 yang akan datang demi memastikan Malaysia baru yang lebih harmoni.

Sekian,

Majlis Politik Nasional (MPN),
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

www.mygamis.blogspot.com

Rabu, 3 November 2010

ASY-SYAHID SAYYID QUTB

Sayyid Qutb adalah nama yang tidak asing di kalangan umat Islam. Beliau tidak hanya dikenali sebagai tokoh gerakan Islam (Ikhwan Muslimun) tetapi juga sebagai cendekiawan dan penulis Islam yang hebat. Cukup membuktikan kehebatannya itu apabila sesiapa membaca tafsirnya Fi Zilalil Quran (di bawah naungan al-Quran). Selain itu, Sayyid Qutb juga menulis beberapa kitab yang lain yang mendapat sambutan hebat kaum muslimin sejak hayatnya hingga ke hari ini, antaranya Ma’alim Fi at-Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan), Nahwa Mujtama’ Islami (Ke Arah Masyarakat Islam), Hazaddin (Inilah Islam) dan sebagainya.

Sayyid Qutb di lahirkan tahun 1906 di sebuah kampung di Selatan Mesir. Sejak kecil beliau telah diasuh dengan semangat cintakan agama oleh kedua ibu-bapanya. Beliau dihantar untuk mempelajari agama dan menghafal al-Quran. Didikan agama ketika kecil ini amat memberi bekas kepada As-Syahid hingga ke zaman dewasanya. Walaupun pengajian-pengajian yang dilalunya di peringkat dewasa tidak takhasus di bidang agama, tetapi penghayatan agamanya cukup tinggi. Jika tidak sudah pastinya beliau tidak akan mampu menulis kitab-kitab yang begitu hebat terutamanya Fi Zilalil Quran. Dalam hal ini pentarbiyahan ikhwan juga banyak memberi sumbangan selain kesan didikan semasa kecil itu.

Sayyid Qutb mula berkecimpung dengan jamaah Ikhwan pada tahun 40an. Sejak awal pengllibatannya, beliau menjadi pendokong yang amat aktif. Beliau tidak rela hanya sekadar menjadi pemerhati atau penyokong sahaja. Kerana itu dengan segala kebolehan dan kepakaran yang ada padanya –iaitu dalam bidang penulisan dan kesusasteraan– beliau berusaha bersungguh untuk menyedarkan kaum muslimin supaya bersama-sama Ikhwan Muslimin untuk berjihad dan berjuang mengembalikan kedaulatan Islam di muka bumi ini. Pada tahun 1950, beliau mula menulis Fi Zilalil Quran, kitab tafsir yang amat disanjung itu. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan untuk menjadi pemimpin redaksi majalah rasmi Ihkwan iaitu “Ikhwanul Muslimin”,

Kegigihan Sayyid Qutb menimbulkan ancaman kepada Kerajaan Mesir ketika itu yang menganut fahaman Sosialisme, menyebabkan beliau ditangkap pada tahun 1954 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Di dalam penjara, beliau diseksa dengan amat kejam hingga menimbulkan radang paru-paru yang amat teruk. Kerana kesihatan yang amat buruk, beliau dibebaskan pada tahun 1964 iaitu setelah 10 tahun dalam penjara. Pemerintah Mesir berharap dengan kesihatan yang buruk itu, Said Qutb tidak akan bergerak aktif dengan Ikhwan selepas dikeluarkan dari penjara. Apatah lagi umurnya ketika itu telah melebihi 60 tahun. Namun sangkaan mereka meleset. Sayyid Qutb bergerak lebih aktif selepas dibebaskan.

Tidak sampai setahun dibebaskan, Sayyid Qutb ditangkap semula iaitu pada tahun 1965. Pada kali ini, tidak lagi hukuman penjara yang mengikuti beliau tetapi hukuman gantung. Sayyid Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah Tentera Mesir bersama dua lagi rakannya iaitu Muhammad Hawwasy dan Abdul Fattah Ismail. Tatkala mendengar hukuman ke atasnya dibaca, tidak ada tanda gelisah, takut mahupun rasa bersalah di wajahnya. Dengan tenang beliau berkata; “Alhamdulillah” kerana apa yang beliau idam-idamkan sekian lama telah dikabulkan Allah iaitulah mati sebagai seorang Syahid. Allahu Akbar!!!