Khamis, 14 Julai 2011

ISLAM RAHMAT SELURUH ALAM

13 Sya'ban 1432 H | 14 Julai 2011

Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja, dan bukan hak orang Melayu sahaja.

Apabila saya membaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika ADUN, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam, ianya menyerlahkan sikap dan pemikiran segelintir pemimpin-pemimpin Umno yang masih terkongkong dengan persepsi bahawa menjadi satu kesalahan untuk orang bukan Islam memetik ayat al-Quran atau hadis.

Senario dunia sekarang amat berbeza apabila ramai orang bukan Islam yang memetik ayat al-Quran dan hadis dalam tulisan atau ucapan mereka. Jika sekiranya perkara tersebut tidak dibolehkan, mengapa pula para ulama atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkannya?

Menjadi haram atau perlu dicegah hanya sekiranya mereka atau kita umat Islam sendiri memetik dengan tujuan menghina atau mempermain-mainkan al-Quran atau hadis. Tetapi jika mereka menggunakannya untuk menguatkan hujah mereka, maka ia tidak dilarang bahkan ianya telah ada nilai kepercayaan kepada kebenaran al-Quran atau hadis. Seandainya petikan tersebut tersasar dari maksud sebenar, maka mereka yang memahami nas wajiblah membetulkannya.

Sebarang usaha untuk menghalang orang bukan Islam daripada mendekati sumber utama Islam (al-Quran atau hadis) akan menyebabkan mereka semakin jauh daripada memahami asas agama Islam – dan ini akan membantutkan perkembangan agama Islam. Kerana itu, Umno tidak perlu menunding jari kepada wakil rakyat PAS atau PKR kerana tindakan itu mengambarkan kejahilan mereka dalam memahami isu ini.

Untuk itu kita sebagai umat Islam hendaklah memandu golongan bukan Islam memahami dan mengkaji kebenaran Islam, semoga dengan kajian tersebut mereka terbuka hati untuk menerima Islam, InsyaAllah..
Tuan Guru Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

MENGAPA HALANG BUKAN ISLAM BELAJAR ISLAM?

13 Sya'ban 1432 H | 14 Julai 2011

KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis mengundang reaksi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.


“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. Ini kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

Berdasarkan laporan, Adun Umno itu dipetik berkata: 'Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis'.

“Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam? Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra’ yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir.

Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’. Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.
“Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya.

Sabtu, 2 Julai 2011

Jangan Percaya Khabar Angin daripada sumber bukan milik HPA

Ahli HPA di minta jangan percaya dengan khabar-khabar angin daripada sumber bukan milik HPA. Blog rasmi HPA ialah
1. http://hpa.com.my
2. http://jawiherbshop.blogspot.com
3. http://jawimedherb.blogspot.com
4. http://gmalwahida.blogspot.com
fb: hpa nusantara / hpa industries sdn bhd / hpa group of companies / perubatan jawi
atau Dapatkan maklumat mengenai HPA di program anjuran HPA seperti ESP, KPJ, BESP dan sebagainya