Khamis, 18 Mac 2010

TAWARAN KEMASUKAN KE KIPSAS BAGI SESI JUN 2010



Maklumat Lanjut boleh dilayari di www.kipsas.edu.my

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK :

  • IMAM (PEMIMPIN) YANG ADIL
  • PEMUDA YANG TERDIDIK ATAU TERLATIH SEJAK KECIL DALAM MENYEMBAH ALLAH SWT
  • SESEORANG YANG HATINYA TERPAUT PADA MASJID
  • DUA ORANG YANG SALING MENGASIHI KERANA ALLAH SWT,BERKUMPUL DAN BERPISAH KARENA ALLAH SWT
  • SEORANG LELAKI YANG DIRAYU OLEH PEREMPUAN YANG CANTIK UNTUK BERBUAT KEJI TETAPI IA MENOLAK DAN BERKATA "AKU TAKUT KEPADA ALLAH SWT"
  • SESEORANG YANG BERSEDEKAH DENGAN SEMBUNYI2 SEHINGGA TANGAN KIRI TIDAK TAHU APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH TANGAN KANAN
  • SESEORANG YANG MENGINGATI ALLAH WAKTU SUNYI2 LANTAS GUGUR AIR MATANYA

JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU

JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU
www.iluvislam.com
tuan mohd rezza
editor: azzahra_solehah


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.
Assalamualaikum.. Pertamanya ana ucapkan syukur kepada Allah kerana terus memberi nikmat kepada hamba-hambanya.. Ana memohon maaf sebarang kekurangan yang terdapat pada blog ini.
Ana rasa begitu masa pantas berlalu tanpa disedari.. Setahun dirasakan bagai sebulan, sebulan dirasakan bagai seminggu, seminggu dirasakan bagai sehari, sehari dirasakan bagai sejam begitulah seterusnya... Dalam kesibukan melalui kehidupan dunia, terasa hati begitu kosong tanpa mengingati Allah yang menciptakan segala-galanya... Kadang-kadang manusia alpa dan lalai menikmati kehidupan dunia namun jarang sekali mereka berfikir bahawa mereka juga akan kembali kepada Allah dan diAkhiratlah tempat pengabdian yang kekal buat selama-lamanya..

Dalam menikmati keseronokan dunia, terasa diri yang hina semakin jauh daripada Allah.. Amal juga tidak sehebat mana.. Mujurlah ada sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan diri ana kepada ALLAH, dan mereka jugalah ana jadikan sebagai panduan untuk terus mencari dan menggapai RedhaMu Ya Allah.... Sejak akhir-akhir ini, terasa kesibukan datang bertimbun-timbun... Dengan program luar, program jabatan, assignment, study dan bermacam-macam lagi.. masa untuk study semakin singkat... Hanya tinggal bebrapa minggu lagi ana akan menghadapi final exam... Hujung minggu ini ana terpilih untuk menyertai program jabatan yang pada asalnya ada ada rancangan tersendiri... Tetapi terpaksa batalkan.... Namun begitu ana akan cuba manfaatkan masa-masa yang ada untuk membuat persediaan exam nanti... Mungkin inilah realiti seorang dai'e... Apa yang ana harapkan dalam menghadapi pelbagai mehnah, ana ingin merasakan diri ini semakin dekat dengan Allah... Ingatlah ALLAH sentiasa... ALLAH sentiasa melihat gerak geri hambanya....

Kepada sahabat-sahabat, bantulah diriku yang sering alpa dan sering melakukan maksiat... Tegurlah jika terlihat ana melakukan kesilapan...
Ya Allah bantulah hambamu ini, berikanlah kekuatan kepadaku..................

Karnival Orang Muda Geng Kita 2010



Khamis, 4 Mac 2010

PENGARAH RADIO IKIM DIPECAT KERAN PAS

Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009.
Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas.
Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM.
Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.
Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.
Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lain la kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya.
Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.Selepas 'perletakan jawatan' beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila.