Assalamualaikum.. Pertamanya ana ucapkan syukur kepada Allah kerana terus memberi nikmat kepada hamba-hambanya.. Ana memohon maaf sebarang kekurangan yang terdapat pada blog ini.
Ana rasa begitu masa pantas berlalu tanpa disedari.. Setahun dirasakan bagai sebulan, sebulan dirasakan bagai seminggu, seminggu dirasakan bagai sehari, sehari dirasakan bagai sejam begitulah seterusnya... Dalam kesibukan melalui kehidupan dunia, terasa hati begitu kosong tanpa mengingati Allah yang menciptakan segala-galanya... Kadang-kadang manusia alpa dan lalai menikmati kehidupan dunia namun jarang sekali mereka berfikir bahawa mereka juga akan kembali kepada Allah dan diAkhiratlah tempat pengabdian yang kekal buat selama-lamanya..
Dalam menikmati keseronokan dunia, terasa diri yang hina semakin jauh daripada Allah.. Amal juga tidak sehebat mana.. Mujurlah ada sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan diri ana kepada ALLAH, dan mereka jugalah ana jadikan sebagai panduan untuk terus mencari dan menggapai RedhaMu Ya Allah.... Sejak akhir-akhir ini, terasa kesibukan datang bertimbun-timbun... Dengan program luar, program jabatan, assignment, study dan bermacam-macam lagi.. masa untuk study semakin singkat... Hanya tinggal bebrapa minggu lagi ana akan menghadapi final exam... Hujung minggu ini ana terpilih untuk menyertai program jabatan yang pada asalnya ada ada rancangan tersendiri... Tetapi terpaksa batalkan.... Namun begitu ana akan cuba manfaatkan masa-masa yang ada untuk membuat persediaan exam nanti... Mungkin inilah realiti seorang dai'e... Apa yang ana harapkan dalam menghadapi pelbagai mehnah, ana ingin merasakan diri ini semakin dekat dengan Allah... Ingatlah ALLAH sentiasa... ALLAH sentiasa melihat gerak geri hambanya....
Kepada sahabat-sahabat, bantulah diriku yang sering alpa dan sering melakukan maksiat... Tegurlah jika terlihat ana melakukan kesilapan...
Ya Allah bantulah hambamu ini, berikanlah kekuatan kepadaku..................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan