Jumaat, 9 April 2010

Selamat Tinggal...

Salam perjuangan.. Alhamdulillah hari ini ana sudah tamat exam bagi sem ini.. Terdetik kesyukuran kerana semua kekusutan kembali tenang.. Tapi dalam kegembiraan tersebut, timbul pula perasaan kesedihan kerana ana akan meninggalkan kampus untuk masa yang lama jugak.. Lbih kurang 3 bln.. Puas ana berfikir di benak fikiran? Apakah yang aku akan lakukan selama cuti ini? Kerja? Berehat? Belajar? Puas berfikir.. Bagaimana keadaan dirumah nanti? Ana rindu untuk meninggalkan kampus sebab suasana Tarbiyah disini lebih hebat berbanding ditempat ana.. Lepas ni jarang dah nak dengar kuliah-kuliah di Masjid sebab kat tempat ana kuliah seminggu sekali je.. Kalau kat sini tiap2 hari ada kuliah.. Alhamdulillah memang terasa suasana tersebut.. Berat rasa dihati untuk meninggalkannya... Teringat kata Ustaz Mokhtar Senik, Jika kita tidak mendengar kuliah atau peringatan kepada Allah selama 3 hari, maka hati kita akan menjadi mati.. MasyaAllah.. Lepas ni terpaksa miss kuliah ustaz mokhtar di Pondok AnNuur.. YaAllah.. Betapa beratnya diriku untuk meninggalkannya..



Ada seorang sahabat mengajak ana mengikutinya untuk mengaji di Pondok Pasir Tumboh.. Memang itulah impianku sejak keluar dari sekolah.. Tapi x pernah kesampaian atas sebab halangan tertentu... InsyaAllah, mungkin dalam masa cuti ini ana akan memanfaatkan peluang yang ada.. Atas Izin ALLAH..
Kepada sahabat-sahabt, ana memohon maaf seandainya tersalah tutur kata, perbuatan dll.. Ana harap sahabat-sahabat sekalian akan terus bersemangat untuk berjuang walaupun bukan dikampus.. Ana harap jugak agar sahabat2 dapt mengisi masa lapang dgn aktiviti bermanfaat... Teguhkan Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.. InsyaAllah, panjang umur jumpa lagi pada semester akan datang.. Moga Allah mmberi kemudahan dalam perjalanan balik kekampung..
Selamat bercuti, Selamat Tinggal.. TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI SAHABATKU...
SELAMAT TINGGAL KAMPUSKU.. JUMPA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.. MOGA2 ALLAH MERAHMATI DAN MEREDHAI PERJUANGAN DAN KEHIDUPAN KITA.... الله اكبر..
p/s: Jumpa di Hulu Selangor pada sahabat yang berkesempatan untuk hadir..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan