Isnin, 28 Februari 2011

Mantan PM Turki Meninggal Dunia


Perdana Menteri Turki pertama dari partai berhaluan Islam, Necmettin Erbakan tutup usia (meninggal). Necmettin Erbakan yang merupakan guru politik bagi Erdogan dan Abdullah Gul wafat (meninggal) dalam usia 85 tahun.

Erbakan menjadi perdana menteri selama satu tahun sampai 1997 ketika ia dipaksa mundur oleh angkatan bersenjata Turki yang berhaluan sekuler garis keras.

Tahun berikutnya Partai Kesejahteraan yang ia pimpin dilarang sedangkan Erbakan sendiri dilarang berpolitik selama lima tahun karena melanggar konstitusi.

Partai AK yang sekarang berkuasa di Turki mewarisi ideologi yang mendasari Partai Kesejahteraan.

Erbakan adalah seorang profesor dalam bidang mekanika yang oleh para pengikutnya dikenal dengan sebutan Hodja atau guru.

Dua di antara anak buah Erbakan di Partai Kesejahteraan adalah Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

"Kami akan selalu mengenangnya dengan penuh syukur sebagai guru dan pemimpin," kata Erdogan.

Erbakan meninggal di sebuah rumah sakit di Ankara ketika sedang menjalani perawatan penyakit jantung.

Ustaz Hazmi Dibok

Khamis, 24 Februari 2011

 Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan


KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.

Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.

"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.

Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir.

Kabinet parti itu juga jelasnya, akan diumumkan segera selepas segala persiapan selesai manakala langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya.

Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut.

Ikhwan juga telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuai untuk mencalonkan mereka sebagai ketua parti.

Pilihan Raya Umum Mesir bakal diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Harkahdaily

HALANGAN IBU & KEWAJIPAN MENYERTAI JEMAAH ISLAM

Dalam Surah Luqman ayat 14-15 Allah menerangkan:
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Mus'ab Umair hidup didalam sebuah keluarga yang kaya-raya
Mus'ab menjadi kesayangan bondanya
Pakaiannya mewah sekali, disaluti pula dengan haruman-haruman yang terbaik kualiti
Apabila seruan Islam yang datang daripada Rasulullah saw menawan hatinya, bonda Mus'ab menjadi penentang utama keislaman beliau dan berkeras agar Mus'ab kembali kepada agama kafir Makkah.
Mus'ab yang sejak lahirnya diulit kemewahan dan kasih sayang ibu yang teramat dengan bulat hati memilih Islam.

Saad Bin Abi Waqas turut mengalami halangan daripada ibunya tatkala memilih Islam sebagai agama:

Ketika ibuku mengetahui aku masuk Islam, dia marah bukan kepalang. Padahal aku anak yang berbakti dan mencintainya. Ibu memanggilku dan berkata: “Hai Saad! Agama apa yang engkau anut, sehingga engkau meninggalkan agama ibu bapakmu? Demi Allah! Engkau harus meninggalkan agama barumu itu! atau aku mogok makan minum sampai mati…! Biar pecah jantungmu melihatku, dan penuh penyesalan karena tindakanmu sendiri, sehingga semua orang menyalahkan dan mencelamu selama-lamanya.”

Jawabku: “Jangan lakukan itu, Bu! Tetapi aku tidak akan meninggalkan agamaku biar bagaimanapun.”

Ibu tegas dan keras melaksanakan ucapannya. Beliau benar-benar mogok makan minum. Sehingga tubuh dan tulang-belulangnya lemah, menjadi tidak berdaya sama sekali. Terakhir, aku mendatangi ibu untuk membujuknya supaya dia mau makan dan minum walaupun agak sedikit. Tetapi ibu memang keras. Beliau tetap menolak dan bersumpah akan tetap mogok makan sampai mati, atau aku meninggalkan agamaku, Islam.

Aku berkata kepada ibu: “Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintai ibu. Tetapi aku lebih cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari agamaku) sungguh aku tidak meninggalkan agamaku karenanya.”

Tatkala ibu melihatku bersungguh-sungguh dengan ucapanku, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan sekalipun dengan perasaan terpaksa.

Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya kepada Nabi Muhammad SAW:
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,”



Solat Zuhor, Asar, Maghrib, Isha' , Subuh merupakan kefarduan kepada umat Islam
Sekiranya seorang seorang ibu menghalang anaknya menunaikan solat fardu tersebut, maka menjadi kewajipan si anak untuk membantah arahan ibunya.
Sama halnya dengan kewajipan berdakwah dengan menyertai jemaah Islam, ia merupakan suatu kewajipan yang wajib ditunaikan umat Islam selagimana tidak tertegaknya sebuah pemerintahan Islam.



حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول اللهصلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك

Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

Rasulullah menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?

Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. A

ku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.

Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?

Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?

Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.

Hadis diatas menerangkan kepada kita akan kewajipan menyertai jemaah Islam
Suruhan ini wajib dilaksanakan apatah lagi dengan sudah tertubuhnya jemaah Islam yang Syumul di Malaysia sejak lama dahulu
Tidak perlu kita bersusah payah menubuh satu jemaah Islam, atau usahlah kita menyembunyikan diri kehutan dan memakan akar-akar kayu.

Artikel : U-JAM

Bob Lokman Sertai PAS


Menyerahkan Borang Keahlian PAS kepada Ustaz Azizan pada Himpunan 30K Pemuda
"Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. sebagai pengetahuan disini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia. Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN

Bob Lokman bersama Mahfuz Omar ketika Solat Hajat di Stadium Malawati

Selasa, 22 Februari 2011

PRO M Kuasai PRK


Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas beberapa universiti pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.
Angin perubahan dikatakan melanda di kampus beberapa menara gading setelah sekian lama dikuasai oleh kumpulan Pro- Aspirasi atau Pro-A.

Ini termasuk Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

Paling signifikan, kejayaan mereka di UM, - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti.

Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.

Kumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus.

Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa.

UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan pro-A sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu.

Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

"Mahasiswa UKM keluar mengundi atas inisiatif bahawa mereka peka dengan pilihan raya kampus dengan kesedaran politik.

"Ia (adalah) kebangkitan mahasiswa UKM kerana pada tahun lalu jelas memperlihat banyak perkara penindasan dan kezaliman.

"Ia menjadikan mahasiswa matang dengan (selepas) mengetahui siapa yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa," kata ahli Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Mohd Hilman Idham dalam sidang media hari ini.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya.

Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi.

Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas.


Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya.

Kumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas.

Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka.

"Rentak pilihan raya kampus lebih kepada perang poster, pro-M tidak semewah pro-Aspirasi yang gantung banyak poster. (Kita juga) kurang calon di peringkat fakulti," katanya.

Sehubungan itu, kumpulan tersebut akan mengadakan sesi bedahsiasat berhubung kekalahan dan kemerosotan prestasi mereka malam ini.

Dalam perkembangan terbaru di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) lewat petang ini, pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan.

Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas.

Tahun lalu mereka menang 15 kerusi. Ini bermakna pro-M tahun ini berjaya menambah cengkamannya di universiti itu.

Sementara itu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.

Isnin, 21 Februari 2011

Pemuda PAS Ikrar Pertahan KEDAH


ALOR SETAR, 20 Feb: Pemuda PAS menunjukkan isyarat jelas bahawa kemenangan PAS di Negeri Kedah perlu di pertahankan dalam PRU-13 nanti daripada pengkhianat agama dan bangsa, Barisan Nasional.

Naib Presiden PAS Pusat, Salahudin Ayub berkata Pemuda PAS perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan sama ada senang atau pun susah.

“Hari ini pemuda PAS telah menunjukkan isyarat bahawa negeri Kedah ini perlu di pertahankan.

“Pemuda Islam perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan, senang mahupun susah untuk menunjukkan ketaatan kepada perjuangan Islam” katanya dalam Himpinan 30,000 Pemuda PAS di Markas PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Beliau yang juga mantan ketua Pemuda PAS Pusat berkata jiwa pemuda Islam tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Pemuda perlu berubah sekarang dan menyelesaikan masalah remaja di dalam masyarakat.

“Pemuda perlu rapat dengan rakan-rakan sebaya, kawan-kawan. Pemuda perlu menyelesaikan masalah masyarakat” katanya dalam pidato beliau.

Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Pemuda PAS menterjemahkan akidah perjuangan dalam gerak kerja Islam.

Beliau juga menyarankan Pemuda PAS berusaha memahami sejarah perjuangan pergerakan Islam.

Himpunan hari ini di meriahkan dengan kehadiran selebriti Bob Lokman di atas pentas bersama pimpinan PAS.


Acara petang ini akan di teruskan dengan persembahan daripada Bob Lokman, Radzi ‘Melisa’ dan Pak Long.

Peserta himpunan juga akan menyaksikan perlawanan bola sepak antara wakil Pemua PAS dan veteran bola sepak kebangsaan.

Khamis, 17 Februari 2011

Semoga Mahathir dapat hidayah


KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

“Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Harakahdaily

Isnin, 14 Februari 2011

Aku Cintakan RASULULLAH



Salam Maulidur Rasul..
Sahabat, mari kita renungi, sejarah perjuangan dan pengorbanan RasuluLLAH SAW dalam menyampaikan Dakwah... Jika kita hayati dengan sepenuhnya, MasyaALLAH, Sungguh peritnya tentangan yang dihadapi oleh RasuluLLAH SAW.. Ketika RasuluLLAH diperintah untuk menyampaikan wahyu pada penduduk Kota Mekah, ramai orang-orang mekah menghalau Nabi, mencaci, menghina Nabi dan sebagainya, hatta saudara-mara, sahabat Baginda sendiri pun menentangnya.. Tetapi RasuluLLAH tetap tabah menghadapi ujian tersebut..

Sahabat, jika kita hayati dengan sepenuhnya sejarah pengorbanan, kehidupan, dan Perjuangan RasuluLLAH,pasti kita akan merasa berkobar-kobar untuk meneruskan usaha Dakwah Baginda.. Sebagai umat Nabi Muhammad, kita mestilah mencontohi segala sifat peribadi Mulia yang ada pada Nabi SAW.. Sebagai seorang Pejuang juga, kita mestilah mencontohi kehebatan Perjuangan RasuluLLAH.. Lihatlah bagaimana RasuluLLAH berdakwah kepada kaum musyrikin yang penuh dengan Hikmah, itulah yang patut kita contohi.. Berhikmah dalam berdakwah kepada Mad'u kita..

Sahabat, Marilah Kita berkerja untuk menyampaikan Risalah Dakwah rasuluLLAH SAW.. Tiada yang memenatkan dalam memperjuangkan ISLAM melainkan Pahala yang akan diberi oleh ALLAH kepada kita.. Kita semua adalah Penyambung Risalah NABI SAW..

Maulidur Rasul yang kita sambut bukanlah hanya dengan berselawat, berarak dan sebagainya.. Tapi apa yang lebih penting ialah, kita mesti memperjuangkan Agama Allah yang dibawa oleh BAGINDA SAW.. Tak guna kita berselawat, jika kita tidak ikut RasuluLLAH, tak guna kita bernasyid, tapi tidak menghayati Sirah Perjuangan NABI, tak guna kita berarak, tapi suruhan ALLAH dan juga RasuluLLAH kita terus menentang.. Muhasabahlah sahabat-sahabat sekalian...

JOM CINTA RASULULLAH!! Kami memohon syafaatMU YA RASULULLAH...


Kuliah Maghrib disampaikan Ustaz Nazri Md Zin menceritakan Sirah Perjuangan RasuluLLAH SAW yang terus menyuntik semangat Pejuang-pejuang ISLAM..

Teladan politik Islam pada diri Rasulullah

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.

Berikut perutusan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Sekitar Ijtima' Tarbawi DPPNP

Alhamdulillah, Ijtima' Tarbawi DPPNP siri 1 berjaya dilaksanakan dengan lancar.. Program yang sarat dengan pengisian Tarbiyah ini dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah selama 2 hari..

Ijtima' kali ini lebih menitik beratkan perkara Tarbiyah yang perlu ada dalam diri setiap pejuang. Bilamana ianya disebut sebagai Gerakan ataupun Jamaah Islam, mestilah tidak terlepas daripada TARBIYAH.. Tarbiyah amat penting kepada ahli gerakan Islam dan juga merupakan satu perkara Utama di dalam Jamaah.. Selain itu, ditekankan juga akhlak dan adab, Wala', Thiqah ahli kepada Jamaah dan juga Pimpinan..

Ijtima' bermula dengan pembentangan yang disampaikan oleh seorang Murabbi, daripada Lajnah Tarbiyah.. Beliau menekankan konsep tazkiyah an Nafs (Pembersihan Diri) yang perlu ada dalam setiap diri pendokong Gerakan Islam.. Sebagai ahli gerakan Islam, kita tidak boleh melakukan perkara yang dibenci oleh ALLAH, oleh itu betapa pentingnya konsep tazkiyah an Nafs dalam setiap diri pejuang ISLAM.
Kertas Kerja yang seterusnya pula dibentangkan oleh Ustaz Syed Kader al Jofree yang merupakan Pegawai Penyelidik Ahli Majlis Syura. Beliau membincangkan tentang adab Ikhtilaf.. menurut Ustaz, Perselihan pendapat merupakan SunnatuLLAH yang mana ia berlaku dalam setiap keadaan.. Sebagai ahli gerakan Islam, kita mestilah bersifat terbuka dan berlapang dada dan berbincang dengan sebaiknya jika berlaku perselisihan pendapat..

Kuliah maghrib pula disampaikan oleh Ustaz Imran alMalizi, yang merupakan seorang kolumnis akhbar HARAKAH... Beliau menekankan perlunya pengorbanan yang besar di dalam memperjuangkan ISLAM.. Sebagai Pejuang ISLAM juga, tidak terlepas daripada Ujian Allah, sepertimana yang kita ketahui Ujian itu merupakan Salah satu Tarbiyah daripada ALLAH. Ustaz sempat menceritakan pengalaman beliau yang menyedihkan, yang mana beliau mendahulukan Program Jamaah (Muktamar) dari hal lain walaupun zaujahnya berada didalam kesakitan pada ketika itu.. Atas keizinan Zaujahnya, ustaz pun pergi ke Muktamar, Dan pada masa itulah Allah telah menjemput Zaujahnya kembali ke RahhmatuLLAH.. Cerita ini menyebabkan sebahagian Pemuda yang mendengar merasa sebak dan terharu.. Sahabat2, contohilah ustaz Imran ini.. Lihatlah, betapa besarnya pengorbanan Ustaz untuk Jamaah & terpaksa tinggalkan Isterinya yang berada dalam ketenatan.. Walaupun ustaz ditimpa ujian yang begitu berat, Ustaz begitu tabah dan masih terus bersemangat untuk berjuang.. Disini juga ustaz sempat berpesan kepada semua Pemuda, supaya mencari pasangan yang faham erti Perjuangan di dalam Jamaah.. :)

Begitulah sedikit ulasan dari ana sendiri.. Banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsikan, tapi rasanya cukuplah dulu.. Nanti ada masa free, sambung la lagi menulis, InsyaAllah, jika Allah berikan kelapangan...
dibawah, sedikit gambar yang sempat dirakam..

Jom Mantapkan Tarbiyah.....


KIAS, tuan rumah Ijtima' Tarbawi 2011

KIAS yang tersergam Indah di bawah bukit

Ust Nasrudin Hassan, tetap hadir walaupun dalam keadaan keuzuran.. Bersemangat ust untuk menyuntik semangat kepada pemuda-pemuda ISLAM..

Sebahagia Pemuda yang Bersemangat untuk Berjuang

Ustaz Syed Kadeer al Jofree, Pegawai Penyelidik Majlis Syura

Forum Tarbiyah.. Ustaz shahril, Ustaz Mokhtar Senik, ust Nik Abduh.. Ustaz Mokhtar menyampaikan taujihatnya dengan penuh bersemangat kepada Pemuda-Pemuda.. Beliau Timb Ketua Dewan Ulama' Pahang..

Qiamulail yang perlu menjadi terapi Utama kepada Pemuda Islam.. Mohon Munajat Kepada Allah


Kiri: Ust Shahril Azman, Timb DPPNP dan Ust Zaharudin Muhammad, Ahli Majlis Syura

Ijtima' di akhiri dengan Doa Wehdah yang dipimpin oleh Ust Fadhil Noor

Doa Wehdah

TARBIYAH DAKWAH SIASAH PAKEJ PERJUANGAN ISLAM!!

Rabu, 9 Februari 2011

IJTIMA' TARBAWI PEMUDA ISLAM PAHANG



TENTATIF IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS PAHANG SIRI-1 1432/2011
Kompleks Imam as Syafie (KIAS), Temin, Jerantut..

SABTU, 12 FEBRUARI 2011

09.00am - 10.00am : Pendaftaran dan taklimat Program
10.00am - 11.00am : Kertas Kerja 1 : Aafaat A'la Toriiq \ Wabak Sepanjang Jalan [Pengerusi Akademi Tarbiyah DPPNP]
11.00am - 12.15pm : Perasmian Ijtimak Tarbawi Pemuda Pas Pahang [YH Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas]
12.15pm - 02.00pm : Rehat , Solat berjamaah dan makan tengahari.
02.00pm – 03.00pm : Taujihat Ar-Ruhiyyah [AJK Dewan Ulama’ Pas Pahang]
03.00pm - 04.30pm : Kertas Kerja 2 : Adab Ikhtilaf [Ust Syed Abdul Qader al-Joofre : Pegawai Penyelidik Majlis Syura Ulama’ Pas]
04.45pm - 05.30pm : Solat Asar berjamaah dan bacaan al-mathurat
05.30pm - 07.00pm : Rehat dan makan malam
07.15pm - 07.45pm : Solat maghrib berjamaah
07.45pm - 08.45pm : Kuliah Maghrib : Akhlak Pejuang [Ust Imran Malizi : Tim. Ketua Urusan Ulama’ Pas Gombak]
08.45pm - 09.00pm : Solat Isyak berjamaah dan munajat
09.15pm - 11.15pm : Forum Tarbawi : Tarbiyyah Mendasari Perjuangan Kita Menuju Kemenangan. Panel :
Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mat [Pengerusi Akademi Tarbiyah DPPP]
Ust Mokhtar Senik [Tim. Ketua Dewan Ulama’ Pas Pahang]
Ust Shahril Azman Abdul Halim [Tim. Ketua DPP Pahang]
11.15pm - 04.45am : Tidur

AHAD, 13 FEBRUARI 2011

04.40am - 06.30am : Qiamulail , solat subuh berjamaah dan bacaan al Mathurat
06.30am - 07.30am : Kuliah Subuh : Pas Sebagai Harakah Islamiyah [ExcoDPPNP]
07.45am – 08.45am : Kertas Kerja 3 : Tarbiyah, Dakwah & Siasah : Pakej Perjuangan Kita [Ust Nasrudin Hasan Tantawi, Ketua DPPP]
08.45am - 09.15am : Sarapan dan rehat
09.15am - 11.15am : Kertas Kerja 4 : Feqh Tahaaluf Siasi [Ust Azharudin Md Said, Ahli Majlis Syura Ulama’Pas]
11.30am - 12.30pm : Ucapan Penutup Ijtimak Tarbawi Pemuda Pas Pahang [Ust Suhaimi Saad, Ketua DPPNP]
12.30 pm - 01.00 pm : Ikrar dan baiah pejuang [ doa wehdah ]
01.10 pm - 01.30 pm : Solat Zohor berjamaah dan bersurai

Ayuh Mujahid-mujahid yang cintakan ISLAM, hadir bagi menyemarakkan kembali TARBIYAH dalam diri kita!! Jom mantapkan TARBIYAH!!