Isnin, 14 Februari 2011

Sekitar Ijtima' Tarbawi DPPNP

Alhamdulillah, Ijtima' Tarbawi DPPNP siri 1 berjaya dilaksanakan dengan lancar.. Program yang sarat dengan pengisian Tarbiyah ini dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah selama 2 hari..

Ijtima' kali ini lebih menitik beratkan perkara Tarbiyah yang perlu ada dalam diri setiap pejuang. Bilamana ianya disebut sebagai Gerakan ataupun Jamaah Islam, mestilah tidak terlepas daripada TARBIYAH.. Tarbiyah amat penting kepada ahli gerakan Islam dan juga merupakan satu perkara Utama di dalam Jamaah.. Selain itu, ditekankan juga akhlak dan adab, Wala', Thiqah ahli kepada Jamaah dan juga Pimpinan..

Ijtima' bermula dengan pembentangan yang disampaikan oleh seorang Murabbi, daripada Lajnah Tarbiyah.. Beliau menekankan konsep tazkiyah an Nafs (Pembersihan Diri) yang perlu ada dalam setiap diri pendokong Gerakan Islam.. Sebagai ahli gerakan Islam, kita tidak boleh melakukan perkara yang dibenci oleh ALLAH, oleh itu betapa pentingnya konsep tazkiyah an Nafs dalam setiap diri pejuang ISLAM.
Kertas Kerja yang seterusnya pula dibentangkan oleh Ustaz Syed Kader al Jofree yang merupakan Pegawai Penyelidik Ahli Majlis Syura. Beliau membincangkan tentang adab Ikhtilaf.. menurut Ustaz, Perselihan pendapat merupakan SunnatuLLAH yang mana ia berlaku dalam setiap keadaan.. Sebagai ahli gerakan Islam, kita mestilah bersifat terbuka dan berlapang dada dan berbincang dengan sebaiknya jika berlaku perselisihan pendapat..

Kuliah maghrib pula disampaikan oleh Ustaz Imran alMalizi, yang merupakan seorang kolumnis akhbar HARAKAH... Beliau menekankan perlunya pengorbanan yang besar di dalam memperjuangkan ISLAM.. Sebagai Pejuang ISLAM juga, tidak terlepas daripada Ujian Allah, sepertimana yang kita ketahui Ujian itu merupakan Salah satu Tarbiyah daripada ALLAH. Ustaz sempat menceritakan pengalaman beliau yang menyedihkan, yang mana beliau mendahulukan Program Jamaah (Muktamar) dari hal lain walaupun zaujahnya berada didalam kesakitan pada ketika itu.. Atas keizinan Zaujahnya, ustaz pun pergi ke Muktamar, Dan pada masa itulah Allah telah menjemput Zaujahnya kembali ke RahhmatuLLAH.. Cerita ini menyebabkan sebahagian Pemuda yang mendengar merasa sebak dan terharu.. Sahabat2, contohilah ustaz Imran ini.. Lihatlah, betapa besarnya pengorbanan Ustaz untuk Jamaah & terpaksa tinggalkan Isterinya yang berada dalam ketenatan.. Walaupun ustaz ditimpa ujian yang begitu berat, Ustaz begitu tabah dan masih terus bersemangat untuk berjuang.. Disini juga ustaz sempat berpesan kepada semua Pemuda, supaya mencari pasangan yang faham erti Perjuangan di dalam Jamaah.. :)

Begitulah sedikit ulasan dari ana sendiri.. Banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsikan, tapi rasanya cukuplah dulu.. Nanti ada masa free, sambung la lagi menulis, InsyaAllah, jika Allah berikan kelapangan...
dibawah, sedikit gambar yang sempat dirakam..

Jom Mantapkan Tarbiyah.....


KIAS, tuan rumah Ijtima' Tarbawi 2011

KIAS yang tersergam Indah di bawah bukit

Ust Nasrudin Hassan, tetap hadir walaupun dalam keadaan keuzuran.. Bersemangat ust untuk menyuntik semangat kepada pemuda-pemuda ISLAM..

Sebahagia Pemuda yang Bersemangat untuk Berjuang

Ustaz Syed Kadeer al Jofree, Pegawai Penyelidik Majlis Syura

Forum Tarbiyah.. Ustaz shahril, Ustaz Mokhtar Senik, ust Nik Abduh.. Ustaz Mokhtar menyampaikan taujihatnya dengan penuh bersemangat kepada Pemuda-Pemuda.. Beliau Timb Ketua Dewan Ulama' Pahang..

Qiamulail yang perlu menjadi terapi Utama kepada Pemuda Islam.. Mohon Munajat Kepada Allah


Kiri: Ust Shahril Azman, Timb DPPNP dan Ust Zaharudin Muhammad, Ahli Majlis Syura

Ijtima' di akhiri dengan Doa Wehdah yang dipimpin oleh Ust Fadhil Noor

Doa Wehdah

TARBIYAH DAKWAH SIASAH PAKEJ PERJUANGAN ISLAM!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan