Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana diri ini masih diberi peluang untuk terus menghirup udaraNya, untuk terus berbakti dan mengabdikan diri kepadaNya.. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan, Rasulullah S.A.W.. Semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak.. InsyaAllah…
Kembali melangkah ke Sem baru.. Pejam celik sudah 3 bln berlalunya cuti semester.. Sungguh cepat masa berlalu… Pastinya kembali dengan azam dan semangat baru.. Pada sem ini ana berharap akan terus bersungguh-sungguh ditambah usaha yg gigih untuk terus belajar dan terus berjuang…
Byk perkara yang berlegar di fikiran apabila kembalinya ke kampus.. Pasti bermacam program yg dirancang samada program Jabatan ataupun program sendiri.. Hidup dikampus pastinya seronok berbanding dirumah.. Di kampus bermacam aktiviti berfaedah boleh dilakukan, ditambah pula dengan Tazkirah2, Kuliah2, yang pastinya mengingatkan diri Kepada Allah.. Azam ana akan terus Istiqamah dan berterusan..
Berikut adalah subjek ana untuk sem ini
Al-Arabyh Li Al-Da’wah,
Pengantar Qiraat & Hafazan
Pengantar & Metodologi Dakwah
Prinsip & Amalan Pengurusan
Prinsip Komunikasi Metodologi Penyelidikan
Al Firaq Al Islamiyah
Pengajian Islam
Kepada sahabat2.. Doakan ana supaya kuat dan tabah mengharungi kepayahan dan kesusahan untuk Semester ini.. Wallahu ‘alam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan