KUANTAN, 20 Julai - Program Malam Amal "Palestin Di Hati" yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan dekat Bandar Indera Mahkota Ahad, 18 Julai 2010 lalu telah berjaya mencapai matlamatnya. Menurut Abd Bashir Abd Ghani (foto), selaku Penyelaras Program berkata pihaknya amat berpuas hati dengan penganjuran tersebut biarpun persediaanya dibuat dalam jangkamasa yang agak singkat."Kehadiran orang ramai terutamanya para pelajar UIAM sendiri cukup menggalakkan dan menyemarakkan lagi program ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir dan memberi sokongan padu terutamanya Pengarah UIAM sendiri, para dermawan, Aktivis Haluan palestin Sdr Nizam, penyajak, Kumpulan ShouHAR, Majli Perwakilan Pelajar IPTA/IPTS, Ahli Badan NGO Islam Pahang, pelajar2 IPT, juruaudio dan semua hadirin", katanya. Program yang mempersembahkan penampilan khas kumpulan nasyid popular dari Indonesia iaitu Shotul Harakah. Kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan perjuangan untuk rakyat Palestin itu berjaya didatangkan biarpun menghadapi beberapa masalah sebelum ini. Beberapa orang wakil dari Institusi Pengajian Tinggi telah membuat "Ikrar Pemuda Prihatin" pada malam itu. Turut diadakan ialah pengkongsian pengalaman oleh aktivis konvoi Lifeline 4 Gaza, bacaan sajak Palestin, jualan amal dan mini pameran. Program yang diadakan itu adalah anjuran bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Kuantan dan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Negeri Pahang (Barakah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan