Rabu, 21 Julai 2010

GAMIS Pahang Anjur Program Ambang Ramadhan


Kuantan, 22 JULAI - Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS) negeri Pahang akan menganjurkan program "sambutan Ambang Ramadhan" semepena menyambut kehadiran bulan mulia tersebut tidak lama lagi. Program yang bertemakan "Pembentukan Insan Rabbani"tersebut
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat dan mahasiswa di seluruh negeri Pahang akan kehadiran Ramadhan sebagai bulan Tarbiyyah.

Menurut Pengerusi GAMIS Pahang, Saudara Khairul FIkri, program ini juga dijadikan sambutan kepada seluruh mahasiswa baru yang mendaftarkan diri di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Pahang.

"Apa yang kita fokuskan adalah, supaya mahasiswa dan masyarakat sedar akan kehadiran dan peluang mendapat "tawaran" memasuki "Universiti Ramadhan" ini adalah anugerah besar yang tidak boleh dilepaskan peluang segala isi tawarannya.GAMIS Pahang juga berharap program ini menjadi titik tolak kepada kesedaran pengislahan ummah demi kesejahteraan bersama"kata Khairul Fikri lagi.

Justeru, GAMIS Pahang menyeru agar program ini disebarluaskan ke seluruh lapisan masyarakat serta dibumikan ke peringkat mahasiswa oleh pimpinan dan ahli-ahli GAMIS seluruh kampus.

(klik pada poster untuk lebih jelas)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan