Rabu, 21 Julai 2010

Di jemput hadir ke Ihtifal Pondok An Nuur

Sekali lagi Pondok An-Nuur akan mengadakan program Ihtifal dan Jamuan tahunannya kali yang ke 15. Program tersebut akan diadakan pada 24 julai 2010 bersamaan 15 Sya'ban 1431. Ini bermakna telah genap lah 15 tahun An-Nuur beroperasi dan berperanan sebagai institusi pendidikan. Sudah tentu dalam tempoh tersebut telah banyak suka duka yang dilalui oleh An-Nuur. Semua itu adalah Qada' Allah yang pastinya mengandungi hikmah yang banyak dan sangat berharga.

Menurut Setiausaha pentadbiran An-Nuur, Cikgu Ramdi Abdullah, program ihtifal kali ini akan dirasmikan oleh Ustaz Hamzah Ngah, Mudir Darul Quran Rusila Trengganu. Manakala malamnya pula akan diserikan dengan ceramah perdana oleh Ustaz Ahmad Izzat Sauki, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedan dan Sdr Hj Mohd Sabu ( Abang Mad).

Menurut Cikgu Ramdi lagi, program Ihtifal pada tahun ini dianjurkan secara sederhana, kerana program ini lebih ditumpukan kepada mengumpul dana Tabungan pembangunan Asrama Tahfiz yang sedang dalam pembinaan. Asrama tersebut dijangka akan disiapkan sebelum penghujung tahun 2010 ini. Untuk itu An-Nuur mengharapkan kehadiran seramai mungkin khususnya masyarakat sekitar Daerah Kuantan dan Negeri Pahang.


Ayuh Ramai-ramai kita memeriahkan majlis Ihtifal Ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan