Bila saja laman web Harakahdaily saya buka, segera terpapar berita 40 orang ulama muda menyertai Umno. Segera saya merasa lucu dan hati rasa macam digaru-garu disebabkan akan kelucuannya. Seakan sama lucunya dengan tindakan ketua Pemuda Umno dan "awak-awak" yang sekapal dengannya mengemukakan bantahan "judi Bola" di saat Pesta Dunia itu dah sampai ke penghujungnya.Tokeh-tokeh judi dah nak tutup kedai baru "hero-hero" Umno berteriak menyarakan bos-bos mereka mengharamkan judi. Betul-betul macam polis dalam cerita Hindustan yang sampai saat penjenayah dah teruk dibelasah oleh orang kampung.
Berbalik kepada cerita "40 orang yang dikatakan alim Ulama'" yang menyertai Umno itu. Saya cuba meninjau pandangan beberapa pihak. Pihak pembangkang kata 40 orang tu sama dengan cerita 40 orang penyamun dalam cerita Allahyarham P.Ramle. Ada pula yang kata 40 orang tu tak layak dikatakan Ulama, mereka hanya layak di katakan penyangak. Pihak Umno pulak kata inilah buktinya bahawa Umno adalah wadah yang paling sesuai untuk mereka yang bercita-cita memperjuangkan Islam.
Saya melihat issu kemasukan mereka yang disebut-sebut ulama muda itu kedalam Umno sebenarnya tidak merugikan Pas sedikit pun dan tidak mendatangkan apa-apa perubahan pun kepada dasar asas sakular Umno. Pertamanya ialah mereka yang kononnya ulama muda itu bukannya datang dari Pas, sehingga menjadi kuranglah ahli Pas dengan sebab mereka yang berjumlah cukup jumaat itu menyertai Umno. Sebelum ini pun telah ada beberapa orang ulama yang memang ahli pas telah menyeberang menyertai Umno. Mereka itu bukan "ulama Muda" bahkan "Ulama-ulama yang dah Tua pun". Kalau Ulama Tua yang berpaling tadah pun Pas tidak tergugat apa-apa, inikan pula "ulama Muda" yang belum kenal politik dan bukan Ahli Pas pun. Nakhie Ahmad, Umar Khalid, Mohd Noor Idris, Ghazali Losong dan Musthafa Taib, adalah antara Ulama-ulama "Tua" dari Pas yang menyertai Umno. Adakah selepas pemergian mereka Pas menjadi tak tentu arah?. Bahkan selepas pemergian mereka itulah Pas semakin mengorak langkah kejayaan dalam gelanggang politik Tanahair. "Percayalah..gugurnya daun-daun Tua atau Muda yang berulat itu adalah untuk memelihara daun-daun lain daripada dijangkiti Ulat sehingga mematikan sebatang pokok yang sedang merimbun".
Disamping itu percayalah..tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh "ulama-ulama Muda itu untuk merubah UMNO daripada wajahnya sebagai parti sakular Asobiyyah kepada wajah Islam. Kehadiran mereka kedalam Umno ibarat 40 orang penumpang yang menaiki sebuah Bas buruk yang dipandu oleh seorang pemandu yang mabuk. Walau seratus penumpang dibelakang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa jika pemandu mabuk itu menghalakan bas kearah gaung yang curam. Kesian..tidakkah mereka terfikir..Penyertaan Ulama Tua bersama Umno dengan dibantu pula oleh mufti-mufti yang berbelas orang ditambah lagi oleh ulama-ulama yang menjilat Umno sebelum mereka? semua mereka gagal merubah Umno. Apakah dengan masuknya mereka kedalam Umno yang hanya "Ulama Muda" dan hanya seramai 40 orang itu berjaya menginsafkan Umno sehingga dengan nada kesal dan teresak-esak pemimpin Umno meninggalkan dasar Asobiyyah Sakular Umno kepada dasar Islam Ahlu Sunnah Wal Jamaah lantaran dinasihati oleh 40 orang Ulama Muda itu?...kesiannn.

Kononnya ruang untuk mereka berdakwah semakin luas jika mereka menyertai Umno. "itu janji Umno" kata Fathu Bari anak bekas Mufti Perlis yang merupakan salah seorang daripada 40 orang Ulama Muda itu. Cakap ustaz yang senama dengan kitab Syarah Soheh Bukhari ni pun lucu jugak. Cakap betul-betul Ustaz.."Ruang" ke "Wang"...? Saya tidak percaya samasekali ujudnya ruang yang kondusif untuk kerja-kerja dakwah Islam hidup dan bergerak dalam gelanggang Sakular. Sakular bukan "habitat" untuk dakwah Islam..ya Akhi. Percubaan menghidupkan "Islam" dalam gelanggang sakular..samalah dengan usaha memelihara "beruang kutub di Padang Pasir Sahara".
Sesungguhnya saya percaya..akhirnya tidak kemana mereka itu. Najib menerima mereka, tetapi awal-awal lagi telah membayangkan mereka tidak akan berada di posisi yang boleh merubah dasar yang dah jadi darah daging dan urat lendir Umno iaitu Sakular. Najib telah menjawab satu telahan ( entah datang dari mana telahan itu-mungkin diada-adakan oleh Najib) yang kononya dengan penyertaan 40 orang ulama muda itu maka Umno akan dilihat sebagai parti Ekstrim Islam. Jawab Najib..Kehadiran mereka tidak bermakna Umno akan jadi "Parti Ekstrim Islam". Kalau begitu tidak merasa lah budak-budak muda itu melonjak jauh dalam kepimpinan Umno, kerana jika mereka dipilih sebagai pemimpin maka dibimbangi Umno dilihat sebagai "lebih Ekstrim". Lalu..kekallah 40 orang itu sebagai "penumpang" selama-lamanya. Nak jadi driver jauh sekali. Kalaupun diberi ruang..hanya sebagai "kondukter" yang akan bertempik kuat-kuat sambil bergayut dipintu Bas memanggil penumpang-penumpang lain menaiki kenderaan mereka...sekali lagi kesiannn mereka.
menarik sungguh melihat pandangan dan komen daripada Ustaz mokhtar senik... Artikle ini ana ambil dan edit dari Blog beliau... layari Ustazmokhtar.blogspot.com
MENCARI REDHA ALLAH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan